POKOK BONSAI

POKOK BONSAI




a) JENIS POKOK - Renek

b) NAMA SAINTIFIK - Amelanchier canadensis

c) NAMA BIASA - Bonsai


d) CIRI-CIRI

  • Mempunyai daun yang berbentuk runcing dan bersaiz kecil.
  • Batang pokok pula berwarna kelabu dan tegap serta tekstur kayunya sedikit merekah.
  • Pokok ini agak condong dan mempunyai rimbunan kanopi tebal yang berkelompok.
  • Mempunyai ketahanan yang tinggi, jangka hayat yang panjang dan mudah beradaptasi dengan persekitaran.

e) Cara Pembiakan

Pohon bonsai biasanya ditanam dan dibiak sebagai tanaman hiasan di dalam pasu. Anak pokok ditanam di dalam pasu dan dipotong serta dicantaskan rantingnya mengikut kreativiti pemilik untuk mengindahkan pokok tersebut. Di samping itu, pokok bonsai juga dapat dibiakkan melalui kaedah keratan batang. Batang atau ranting pokok yang dipotong akan ditanam atau dicantumkan dengan tumbuhan induk yang lain. Kaedah atau cara seperti ini dapat mempercepatkan lagi proses tumbesaran pokok bonsai.


f) Cara Penjagaan

1) Disebabkan bonsai diletakkan di bawah cahaya matahari, ianya perlu disiram sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang kecuali pada waktu musim hujan.

2) Air yang disiram juga perlu dipastikan dapat mengalir keluar melalui lubang bawah pasu supaya tidak berlaku pembusukan akar.

3) Seterusnya, bonsai perlu diberi baja secukupnya dan teratur. Baja yang mengandungi unsur nitrogen, fosforus dan kalium sangat digalakkan. Nitrogen dapat membantu menyuburkan tanaman dan membentuk dedaun. Unsur fosforus pula mempercepatkan pertumbuhan bunga atau tanaman baru. Manakala kalium pula dapat menguatkan akar serabut supaya tanaman menjadi kukuh.

4) Pembajaan biasanya diberikan sebanayak 3 kali dalam setahun dan lebih elok jika ditambah baja organik dan kompos secukupya.

5) Dedaun atau reranting yang tua boleh disingkirkan dengan memangkasnya.

6) Bonsai dipasangkan dawai bagi membentuk ranting, dahan dan batang mengikut arah yang diinginkan.

7) Bonsai menjadi semakin berkualiti jika diberi kesan tua. Kesan tua ini dapat dikenalpasti dan diwujudkan dengan cabang dahannya rata-rata menunduk ke bawah dan akarnya menjalar sampai timbul ke permukaan tanah.


e) VIDEO

    Link video:

Cara-cara menanam pokok bongsai

Baeckea Frutenscens Bonsai / Care and Maintenaince

No comments:

Post a Comment