BUNGA MALLOW

BUNGA MALLOW

 

Rujukan : https://png.pngtree.com/thumb_back/fw800/background/20210907/pngtree-summer-flower-plant-round-leaf-mallow-flower-garden-photography-map-with-image_816823.jpg



a) JENIS POKOK - Renek

b) NAMA SAINTIFIK - Malva Cathayensis

c) NAMA BIASA - Bunga Mallow


d) CIRI-CIRI

  • Mempunyai bunga yang cantik dan berwarna-warni.
  • Dijadikan sebagai tanaman hiasan.
  • Tinggi dari 30 cm hingga 3 m.
  • Daun berbeza dari spesies ke spesies. Terdapat berbentuk hati, tujuh-lobed, lima-lobed, beralun, baldu dan berkilau.

e) Cara Pembiakan

Penanaman Biji Benih

Salah satu cara yang paling kerap digunakan untuk membiakkan bunga malva ialah dengan menanam anak benihnya. Pakar mengesyorkan supaya menanam anak benih tersebut pada musim bunga. Anak benih ini ditanam di dalam sesuatu bekas terlebih dahulu, apabila akarnya telah tumbuh menjalar        seterusnya ia akan dipindahkan pula ke tanah.  Selain itu, antara kaedah pembiakan yang lain pula ialah pembiakan melalui kaedah keratan batang, Keratan ini mampu untuk mengekalkan genetik atau keturunan pokok bunga tersebut.


f) Cara Penjagaan

1) Pertama sekali tanah perlu dilonggarkan secara sistematik bagi mewujudkan rongga dan saliran untuk air mengalir.

2) Kemudian letakkan baja yang mengandungi fosforus dan kalium bagi menyuburkan dan menyihatkan tanaman.

3) Apabila pokok meninggi, ia akan diikat pada pasak atau tiang yang agak tinggi untuk mengelakkan batang pokok tersebut patah apabila dilanggar oleh angin yang kuat.

4) Tumbuhan perlu disiram supaya tidak kering.

5) Tanah juga perlu sentiasa dibiarkan lembab (bergantung kepada iklim juga) dan pastikan tiada genangan air yang berlebihan.


e) VIDEO

    Link video:

Mallow / Malva sylvestris | Common Mallow Plant Growing and Care । মালভা ফুল গাছ - Rujukan : https://www.youtube.com/watch?v=dn9NP0oy7_U

No comments:

Post a Comment