POKOK JADE


a) JENIS POKOK - Renek

b) NAMA SAINTIFIK - Crassula Ovata

c) NAMA BIASA - Pokok Jade


d) CARA PEMBIAKAN 

Pembiakan pokok jade adalah sangat mudah iaitu :

  1. Pertama sekali sediakan media tanah yang sesuai untuk semaian iaitu 2:1:1. 2 untuk tanah, 1 untuk pasir dan 1 untuk baja organik. Setelah itu, potong bahagian dahan atau cabang  pokok jade yang segar dan sihat. Jika terdapat cabang-cabang lain pada bahagian yang dipotong, bersihkan sahaja dengan membuang cabang tersebut.
  2. Isikan tanah didalam pot atau bekas yang sesuai. Buat sedikit lubang pada media tanah tersebut dan masukkan sahaja cabang atau dahan pokok jade tersebut. Setelah itu, siramkan air secukupnya dan letakkan di tempat yang redup.
  3. Ini merupakan hasil selapas 3 atau 4 minggu semaian. Pokok jade akan mempunyai akar.
  4. Setelah pokok jade mempunyai akar, alihkannya ke pot yang sesuai untuk ditanam. Siram air secukupnya supaya mendapat nutrisi yang cukup untuk membesar.

e) CARA PENJAGAAN 

  1. Sesuai diletakkan dibalkoni atau hiasan dalam rumah iaitu cahaya tidak terlalu secara terus dengan matahari
  2. Siram bila tanah sudah kering. Siram pada bahagian tanah sahaja dan pastikan ia mencukupi. hal ini dilakukan supaya tanah sentiasa lembab dan pokok jade mendapat air yang secukupnya.
  3. Alihkan kedudukan pot sekali sekala supaya mendapat cahaya matahari yang mencukupi.

f) VIDEO
    Link video:

(Cara Pembiakan)


(Cara Penjagaan)




No comments:

Post a Comment