POKOK KELADI

POKOK KELADI 




a)      JENIS POKOK - Renek

b)      NAMA SAINTIFIK - Caladium

c)      NAMA BIASA - Pokok Keladi


d)  CIRI-CIRI

- Terdapat pelbagai jenis keladi.

- Mudah hidup kerana mempunyai ubi biji keladi.

- Sebagai hiasan di rumah dan pelbagai.


e)      CARA PEMBIAKAN

Terdapat dua kaedah pembiakan pokok keladi yang boleh diaplikasikan :


1. Pengasingan anak pokok keladi 

a) Sediakan media tanah dengan nisbah 2:1 iaitu 2 pot tanah dan 1 pot sabut kelapa. Media tanah tersebut digaul sehingga sebati atau sekata.

b) Pasu yang sesuai untuk tanam anak pokok perlu menggunakan pot yang kecil sahaja mengikut kesesuaian saiz anak pokok keladi. 

c) Apabila anak pokok keladi sudah besar boleh di alihkan kedalam pot yang lebih besar. Hal ini untuk mengelakkan tanah terlalu banyak bagi anak pokok kerana apabila tanah terlalu banyak berbanding dengan saiz pokok, akar pokok akak menjadi buruk dan busuk disebabkan pertumbuhan kulat. 

d) Keluarkan pokok keladi dan anak pokok keladi daripada pot secara perlahan-lahan dan jangan sampai akar pokok terputus.

e) Pokok keladi mempunyai biji keladi. Biji keladi ini akan membantu pertumbuhan anak pokok yang baru. Oleh itu, biji keladi tersebut tidak perlu dibuang kerana ia akan tumbuh anak pokok baru.

f) Tanam semula ibu keladi ke dalam pot yang asal. Ibu keladi ditanam bersama-sama dengan biji keladi supaya anak pokok keladi akan tumbuh baru. Tanah yang diisi kedalam pot tidak terlalu penuh dan padat supaya air tidak akan bertakung dan pengaliran air menjadi lancar.

g) Anak pokok keladi tadi ditanam didalam pot yang kecil dan sesuai mengikut saiz pokok keladi. Gunakan media tanah yang telah dicampurkan tadi kedalam pot dan tanam anak pokok keladi tersebut. Tanah yang dimasukkan kedalam pot tidak perlu terlalu padat dan memenuhi pot supaya pengaliran air menjadi lebih lancar. Anak pokok yang baru ditanam ini perlu diletakkan di tempat yang redup.


2. Membahagikan ubi pokok keladi 

a) Pokok keladi mempunyai ubi yang dapat menjadi benih untuk memperoleh anak pokok yang baru. Ubi keladi ini mampu menghasilkan banyak anak pokok keladi dengan menggunakan kaedah pembahagian satu biji ubi keladi.

b) Pertama sekali pada bahagian atas atau dipanggil sebagai kepada ubi biji keladi di potong sedikit dan dibuang.

c) Potong ubi biji keladi seperti potong ubi kentang iaitu belah ubi biji keledek kepada 8 bahagian.

d) Ini merupakan hasil pembahagian ubi biji keladi. Setiap bahagian tersebut disemai didalam polybag dengan menggunakan media tanah yang sesuai iaitu 2:1. Dua pot tanah dan satu pos sabut kelapa. Siram dengan sedikit air dan diletakkan ditempat yang redup. Jaga ia sehingga tumbuh anak pucuk pokok keladi yang baru.



f)      CARA PENJAGAAN 

Penjagaan pokok keladi ini adalah bagi pokok keladi yang sudah besar.

1) Diletakkan di tempat yang tidak redup dan tidak terlalu panas supaya warna keladi menjadi lebih menarik. Kaedah yang sering dilakukan untuk mendapatkan keadaan tempat yang begitu adalah dengan menggunakan jaring hitam yang kebiasaan digunakan oleh pekebun.

2) Air hujan baik untuk pokok keladi. Terdapat banyak manfaat air hujan kepada tumbuhan terutama kepada pokok keladi.

    Manfaat air hujan kepada tumbuhan:-

    • Membantu proses fotosintesis iaitu membantu menambahkan nitrigen bagi proses menghasilkan klorofil dan fotosintesis. Hal ini akan membuatkan tanaman akan menjadi lebih hijau, sihat  dan segar.
    • Dapat menyuburkan tanah iaitu membantu menurunkan PH tanah dan mengembalikan zat didalam tanah.
    • Disamping menyuburkan tanah, ia juga dapat menyuburkan tumbuhan kerana air hujan mempunyai nitrogen yang baik dan dapat menutrisikan tanaman. 
    • Tumbuhan tidak perlu terlalu banyak air kerana ia akan menyebabkan tumbuhan mengalami proses hipotonik iaitu terlebih air didalam tumbuhan menyebabkan sel-sel tumbuhan pecah.

3) Siram hanya sekali sehari jika musim hujan. Manakala pada musim panas disiram hanya 2 kali sehari. Hal ini bagi mengelakkan pokok keladi telebih air dan menyebabkan akak pokok keladi menjadi buruk kerana pertumbuhan kulat. 

4) Tanah pokok keladi perlu sentiasa lembab. Pokok keladi perlu mempunyai tanah yang sentiasa lembab. Untuk mengekalkan kelembapan didalam tanah, pada bahagian dalam pot yang belubang diletakkan plastik supaya air keluar dengan perlahan. Selain itu dengan meletakkan pot didalam piring dan membuat takungan air didalam piring tersebut. Untuk menggunakan kaedah takungan air didalam piring tersebut, ianya perlu dibersihkan setiap minggu bagi mengelakkan pembiakan jejentik.

5) Letak baja 3 minggu sekali. Baja merupakan perkara yang diperlukan oleh tumbuhan untuk menambahkan nutrisi atau zat. Baja ini membantu menyuburkan tanah dan pembesaran tumbuhan. Baja yang sesuai dan selamat digunakan adalah baja organik berbanding dengan baja kimia.

6) Penggunaan tanah campuran perlu dicampur dengan sabut kelapa. Campuran sabut kelapa tersebut untuk mengekalkan kelembapan didalam tanah dan membantu melancarkan proses mengaliran air.

7) Jika banyak daun gugur jangan terus buang pokok keladi tersebut kerana ia mempunyai ubi biji keladi yang mampu menumbuhkan pucuk keladi yang baru. Letakkan pokok keladi ditempat yang redup dan dalam masa 3 minggu ia akan tumbuh tunas baru. 



g) VIDEO

    Link video:

(Pengasingan Anak Pokok)

(Pembahagian Ubi Biji Keladi)


(Penjagaan Pokok Keladi)






No comments:

Post a Comment