BUNGA PEACE LILY

BUNGA PEACE LILY





a) JENIS POKOK - Renek

b) NAMA SAINTIFIK - Lilium Longiflorum

c) NAMA BIASA - Bunga Peace Lily


d) CARA PEMBIAKAN 

  1. Pertama sekali keluarkan pokok induk daripada pot asal dan leraikan tanah daripada akar. Pisahkan pokok antara dua induk. 
  2. Ambil tunas induk yang terdapat pada akak pokok lily.
  3. Sediakan bekas atau pot yang sesuai untuk semaian tunas pokok lily. 
  4. Sediakan media tanah yang sesuai untuk tanam tunas pokok lily seperti cocopet. 
  5. Untuk menanam gunakan polisterin, arang atau batu dibahagian bawah tanah supaya memudahkan pengaliran air. 
  6. Seterusnya masukkan tanah dan semai tunas pokok peace lily. Siram selepas semaian supaya tunas tersebut mendapat nutrisi yang cukup untuk membesar.
  7. Ini merupakan hasil semaian tanaman pokok peace lily selama 1 bulan.
  8. Setelah 1 bulan, pokok peace lily dialihkan kedalam pot yang lebih besar atau kedalam polybag yang sesuai mengikut saiz pokok. Setelah itu, ia juga perlu disiram secukupnya.
  9. Ini merupakan hasil selepas 2 bulan penanaman pokok peace lily.



e) e) CARA PENJAGAAN 

1) Pokok peace lily perlu ditempatkan di kawasan cahaya matahari yang terang walaupun ditempatkan di dalam rumah. Tetapi terdapat beberapa jenis pokok lily dapat hidup dengan pancaran cahaya matahari yang sedikit.

2) Menjaga kelembapan pokok peace lily dengan membuat siraman secara berkala iaitu 2 kali sehari (pagi dan senja). Pada musim panas, siraman air perlu dilebihkan sedikit kerana pokok peace lily akan tumbuh dengan subur mengikut kelembapan yang tinggi seperti hutan hujan tropika. Tetapi pastikan jangan terlalu banyak air yang disiram kerana akan menyebabkan akar pokok busuk dan rosak.

3) Penggunaan media tanah perlulah mempunyai campuran tanah, pasir dan baja kompos yang mempunyai bahan organik.

4) Pastikan baja yang digunakan adalah baja organik untuk menyuburkan tanah dan memastikan pokok peace lily sentiasa berbuah. Jika menggunakan baja kimia ia akan menyebabkan kesuburan tanah berkurang. Baja organik diberikan kepada pokok sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu sekali dan secara berkala.

5) Pastikan pokok peace lily tidak diletakkan dan terdedah dengan matahari yang sangat panas untuk memastikan daun tidak pucat dan berubah warna coklat atau hangus.


f) VIDEO

    Link video:

(Cara Pembiakan)


(Cara Penjagaan)


-       


No comments:

Post a Comment