BUNGA PUKUL 10

BUNGA PUKUL 10

a) JENIS POKOK - Bunga

b) NAMA SAINTIFIK - Portulaca Grandiflora

c) NAMA BIASA - Bunga Pukul 10


d) CIRI-CIRI

  • Merupakan tanaman semusim.
  • Ketinggian tumbuhan ini tidak lebih daripada 30 cm.
  • Mempunyai bunga yang cantik dan berwarna-warni.
  • Bunganya menyerupai bunga ros. Kelopaknya ada yang selapis atau berlapis-lapis berwarna merah, oren, merah jambu, putih dan kuning.
  • Batangnya lembut dan berwarna hijau kecoklatan.
  • Daunnya berbentuk tirus dan tebal

e) CARA PEMBIAKAN

Tanaman ini dapat dibiakkan melalui tanaman anak pokok dan keratan batang. Untuk tanaman anak pokok, ianya boleh didapatkan di kedai-kedai bunga sama ada dalam bentuk biji benih dan anak pokok. Manakala untuk keratan batang pula, batang bunga pohon sepuluh dipotong kepada beberapa bahagian dan ditanam pada tanah yang sudah digemburkan. Proses ini memerlukan masa yang singkat sahaja untuk pohon membesar dan berbunga.


f) CARA PENJAGAAN

  1. Letakkan pokok di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari. Cahaya matahari membantu proses pembungaan pokok pukul 10.
  2. Kemudian siram pokok sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Siram ketika matahari tidak panas terik.
  3. Letakkan baja pada bunga supaya pokok leboh sihat, segar dan berbunga dengan lebat. Baja yang lebih digalakkan ialah baja organik.
  4. Bunga yang sudah kucup perlu dipotong bagi memberi laluan kepada pucuk baru tumbuh dan mengembang.
  5. Bahagian yang dipotong jangan dibuang, tetapi ditanam semula supaya tumbuh pokok baru.

    e) VIDEO

       Link video:

DIY - Bagaimana nak trim Ros Jepun agar tumbuh cantik semula 


 Cara tanam ros jepun, simple dan mudah

       

No comments:

Post a Comment