BUNGA KEKWA

BUNGA KEKWA







a) JENIS POKOK - Bunga

b) NAMA SAINTIFIK - Chrysanthemum 

c) NAMA BIASA - Kekwa 


d) CIRI-CIRI

- Mempunyai sumber vitamin, mineral dan bahan-bahan biologi aktif.

- Terdiri daripada pelbagai jenis spesies, warna dan corak.

- Bunga ini dijadikan sebagai makanan dan minuman kepada manusia.


e) CARA PEMBIAKAN

Kaedah keratan berakar dapat digunakan bagi membiakkan kuantiti bunga kekwa. Keratan ini boleh terus ditanam di dalam pasu. Dalam sebuah pasu sekurang-kurangnya ditanam tiga keratan akar bagi memastikan tumbuhan tersebut tidak perlu berebut untuk mendapatkan nutrient dan air dari tanah yang sama.


f) CARA PENJAGAAN

  1. Tanah yang ditanam dengan tumbuhan perlu digembur secara bersekala bagi mengelakkan tanah daripada padat dan menghalang pengaliran air dan pengudaraan.
  2. Dahan yang banyak juga perlu dicantas sehingga terhad kepada 3 atau 4 dahan sahaja bagi membolehkan bunga berkembangg dengan baik. Selain itu, langkah ini juga memberi kelebihan kepada tumbuhan untuk menghasilkan bunga di setiap dahan yang masih berbaki.
  3. Untuk proses pembajaan pula, tumbuhan perlu dibaja dari semasa ke semasa untuk memastikan berlakunya tumbesaran yang sihat, segar dan mampu mengeluarkan bunga yang berkualiti. Baja yang digunakan boleh terdiri daripada baja organik dan juga bukan organik.
  4. Untuk mengawal penyakit dan serangan serangga, racun serangga dapat digunakan secara sekali-sekala. Selain itu, suhu, cahaya, udara dan air memainkan peranan yang penting dalam memastikan tumbersaran bunga kekwa tidak terbantut dan segar.

        e) VIDEO

(Cara Penjagaan)


  

No comments:

Post a Comment