POKOK BUNGA BOKOR

POKOK BUNGA BOKOR




a) JENIS POKOK - Renek

b) NAMA SAINTIFIK - Hydrangea Macrophylla

c) NAMA BIASA - Pokok Bunga Bokor


d) CIRI-CIRI

  • Memiliki daun yang cukup lebar dan bergerigi di bagian tepi.
  • Permukaan daun mengkilap berwarna hijau sampai hijau tua dan bertekstur kasar.
  • Bunga dapat berwarna biru atau merah muda tergantung pada media tanamnya.

e) Cara Pembiakan

Tanaman ini sama seperti bunga lain, ia dapat dibiakkan melalui penanaman anak pokok dan keratan batang. Bunga hydrangea memerlukan tanah yang subur, berpori dan agak lembap untuk hidup. Kompos boleh digunakan untuk menyuburkan lagi tanah. Tanaman ini memerlukan cahaya matahari pada waktu pagi namun pada waktu tengah hari ia perlu diletakkan di tempat yang teduh.


f) Cara Penjagaan

1) Untuk tempoh dua tahun pertama penanaman, tanaman perlu dipastikan agar mendapat air yang secukupnya.

2) Sekiranya tanah sudah cukup subur, tidak perlu lagi diberi baja kepada tumbuhan tersebut kerana jika berlakunya lebihan baja yang diterima oleh pokok maka ia akan mendorong kepada pertumbuhan daun dan bunga yang sedikit.

3) Untuk mendapatkan bunga yang berwarna biru, pH tanah perlu dikurangkan dengan cara menambah sulfur atau tanah gambut. Manakala untuk mendapatkan bunga yang berwarna merah muda pula, tambahkan kapur di sekitar tanah.


e) VIDEO

    Link video:

Cara Penjagaan Bunga Siti Zubaidah (Hydrangea)
Rujukan :  https://www.youtube.com/watch?v=D6fapw3XEBI

100% BERHASIL !!! Cara memperbanyak Bunga Panca warna / bunga Bokor / Hortensia/ Hydrangea - 

No comments:

Post a Comment