BUNGA BALUNG AYAM

BUNGA BALUNG AYAM




a) JENIS POKOK - Bunga

b) NAMA SAINTIFIK - Celosia cristata  L.

c) NAMA BIASA - Bunga Balung Ayam


d) CIRI-CIRI

- Kelopak bunga seperti balung yang terdapat di atas kepala ayam jantan.

- Pembiakan yang menggunakan benih terdapat pada kelopak bunga.

- Terdapat pelbagai warna yang menarik.


e) CARA PEMBIAKAN 

1. Pertama sekali, ambil bijih benih daripada bunga balung ayam tersebut.

2. Seterusnya, masukkan ke semua benih tersebut dalam bekas yang berisi air. 

3. Buangkan bijih benih yang terapung dan bijih benih yang tenggelam digunakan untuk semaian.

4. Sediakan media tanah dan masukkan ke dalam polybag. 

5. Setelah itu, semai bijih benih tersebut dan siram secukupnya. Letakkannya di tempat yang redup.


f) CARA PENJAGAAN 

1) Jangan ditanam dibawah cahaya matahari yang terik terlau lama ianya akan menyebabkan bunganya menjadi layu.

2) Jangan basah bunganya untuk mengelak dari dijangkiti kulat (fungi)

3) Letakkan baja 3 atau 4 minggu sekali


g) VIDEO

(Cara Pembiakan)

(Cara Penjagaan)




No comments:

Post a Comment